Saturday, February 20, 2010

KEPUTUSAN TETAP DI TANGAN ALLAH


Assalamu'alaikum


Sepanjang minggu lalu aku berazam kuat untuk keluar..
Segala yang dimesyuarat telah diputuskan..
Segalanya telah disiapkan..
Segala keperluan untuk keluarga/rumah telah diadakan..
Segala keperluan untuk khuruj telah di sediakan..
Segala yang perancangan 'pra-khuruj' dapat disempurnakan..

Tapi apakan daya..


ALLAH MAHA KUASA,MAKHLUK LANGSUNG TADAK KUASA!!!


Segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang..
Aku tidak dapat dikeluarkan untuk khuruj..
Ada beberapa sebab yang tak dapat dijelaskan..
Tapi apa yang pasti,bila aku muhasabah diri aku..
Aku dapati banyak kekurangan dalam diri aku..
Tawajjuh pada Allah semakin kurang..
Amalan semakin kurang..
Yakin pada Allah tidak seperti yang Dia kehendaki..
Pendek kata semua berpunca daripada kelemahan diri dan iman aku sendiri..
Astaghfirullah..

Ya Allah..
Ampunkan segala dosa kami yang dhoif ini..
Sesungguhnya kami ini hamba-Mu yang hina seringkali lalai dari mengingati-Mu..
Berilah kekuatan kepada kami untuk berubah..
Hindarilah kami daripada terkesan dengan dunia yang penuh fitnah ini..
Bantulah kami agar kami faham maksud hidup kami ..
Bantulah kami untuk mencari redha-Mu Ya Allah..
Pilihlah kami dalam usaha dakwah Ya Allah dan janganlah singkirkan kami dari usaha ini..
Kasihanilah kami..
kasihanilah kami..
Kasihanilah kami Ya Allah..
Dengarlah rintihan kami Ya Allah..




*Aku azam untuk khuruj 3H minggu depan.Semoga Allah pilih aku dan permudahkan segala urusanku untuk khuruj nanti.Insya'Allah..






Wednesday, February 17, 2010

PILIHLAH AKU YA ALLAH..


Assalamualaikum..

Hujung minggu ni(20,21,22/02/10) azam nak keluar 3 hari..
Dah lama sangat-sangat tak keluar..
Lemah sangat-sangat kat 'dalam' ni..
Route tak ketahuan lagi..
Tak kisahlah Allah nak hantar kat mana..
Supaya aku dapat mengislahkan diri aku yang makin teruk..
Semuanya kerana ingin mencari redha Allah..
Semuanya hanya kerana Allah SWT..

Semoga Allah permudahkan segala urusanku untuk keluar nanti..
Semoga Allah memelihara kesejahteraan keluarga aku sewaktu aku keluar nanti..
Semoga Allah bantu aku istiqomah keluar lagi selepas ini..
Semoga Allah pilih aku dan keluarga aku dalam usaha dakwah ini lagi dan lagi..
Sampai mati..

*tuan-tuan tolong doakan untuk saya juga ya..
Jazakallah..

Wednesday, February 10, 2010

Mencari Kekuatan





Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosa kami..
Kami seringkali lalai..
Kami seringkali lupa pada-Mu..
Hati dipenuhi kebesaran dunia yang fana..
Hidup dikelilingi fitnah dunia akhir zaman ini..
Kami yang lemah ini semakin lemah..
Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah Ya Rahim..
Berilah kekuatan pada kami sekeluarga untuk menghadapi dunia yang penuh fitnah ini dari hari ke hari..

Bantulah kami Ya Allah..
Bantulah kami Ya Allah..
Bantulah kami Ya Allah..

Berilah kami taufik dan hidayah yang berpanjangan..
Pilihlah aku dan keluargaku dalam usaha dakwah dan janganlah singkirkan kami dari usaha dakwah...
Redhalah kehidupan kami Ya Allah..Sesungguhnya kami mengharapkan keredhaan-Mu..



*rintihan hamba-Mu yg lemah