Monday, April 27, 2009
Usaha Hari-Hari Tanpa Cuti Sampai Mati
Alhamdulillah,
Malam tadi saya berjaya bagi masa untuk dengar bayan.Saya sampai awal di masjid beberapa minit sebelum Maghrib.Sempat la berbual dengan beberapa rakan dan amir sab bagitau yang bayan akan diberi selepas Maghrib oleh amir sab jemaah dari Gombak.
Selesai solat Maghrib berjemaah kami mula mengambil tempat di penjuru belakang masjid.(di sebelah hadapan ada pengajian bahasa arab dan dihadiri oleh 3 orang sahaja-selebihnya duduk berkumpul di beberapa tempat luar dan dalam masjid.Mungkin mereka ada mesyuarat kot!)Ramai juga yang duduk dalam program bayan ni.Ada juga beberapa orang awam yang hadir-berkat jemaah yang buat ziarah petang td-dengan izin Allah.Bayan disampaikan oleh amir sab jemaah Gombak.Penekanan diberi keatas maksud hidup sebenar di dunia ini.Walaupun dunia ini tiada nilai tetapi kehidupan didunia ini sangat penting kerana sewaktu hidup inilah kita harus buat usaha atas iman;betulkan keyakinan-hanya Allah yang berkuasa,makhluk langsung tiada kuasa.menjalankan perintah-perintah Allah melalui tertib dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.Iman datang melalui mujahadah-korbankan masa,diri dan harta di jalan Allah.Bagi masa untuk kerja dakwah ni hari-hari tanpa cuti sampai mati.Kerana ini tanggungjawab kita yang sebenarnya di dunia.Kejayaan hanya dalam dalam agama.Kejayaan sebenar apabila semua manusia taat akan perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.Disamping itu penekanan harus diberikan pada kaum masturat untuk menjalankan usaha atas iman ini.Mereka ada peranan masing-masing.Kita akan dipertanggungjawabkan untuk menyedarkan mereka.Kita diibarat sebagai burung yang mempunyai sebelah sayap sahaja dan untuk terbang kita memerlukan kedua-dua belah sayap.Jadi kaum masturat merupakan sayap yang sebelah lagi dan kita memerlukan mereka untuk terbang-dengan izin Allah.Ini menunjukkan yang usaha masturat juga tidak kurang penting.
Lebih kurang macam tu la bayannya tapi lagi best kalau ikut live.Memang terkesan la dengar bayan malam tadi lebih-lebih lagi bila menyentuh hal kepentingan masturat.Saya berdoa supaya Allah bukakan pintu hati ahlia saya agar dia faham dan mengambil bahagian dalam usaha ini.
"Ya Allah!Pilihlah aku dan isteriku dalam usaha ini.."
Lepas bayan kami solah Isya' berjemaah tapi selepas itu saya minta tangguh kerana aku ada urusan laen(ziarah anak buah saya yang tak berapa sihat) jadi tak sempat la saya nak duduk dengan jemaah Gombak sampai mereka tangguh.Kalau tak boleh la mintak diorang doakan untuk saya yang lemah nih.Adeh!Balik dari ziarah aku duduk sembang-sembang dengan ahlia.Cerita kat dia pasal bayan yang aku dengar tadi dan aku harap dia akan terbuka hati sedikit masa lagi.Dan buat sekelian kalinya saya berdoa pada Allah;
"YA ALLAH!KAU PILIHLAH AKU DAN ISTERIKU DALAM USAHA INI KERANA SESUNGGUHNYA ITULAH MAKSUD SEBENAR HIDUP KAMI DI DUNIA INI.."
Dan hari ini ada ghast pertama tapi saya kerja malam dan hanya sempat solat Isyak dan dengar bayan.Saya tak sempat untuk ikut buat ghast.Nampaknya saya terlewat 500 tahun.Ya Allah!Ampunkanlah kelemahanku ini..
:(
*Tuan-tuan yang dimuliakan,sesungguhnya saya ini makhluk yang lemah dan sekiranya ada kesilapan pada penulisan atau pemahaman saya,diharap tuan-tuan dapat menegur saya.Segala kesilapan saya mohon maaf daripada Allah dan tuan-tuan.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.Sekian terimakasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuan gombak kat belah mana? greenwood ke sri gombak? ke mahallah dr. sab?
ReplyDeletesaje tanya.
Salam.
ReplyDeleteBoleh berkenalan dengan ahliah tuan?
mekasih
http://ahliahnizam.blogspot.com/
yo.
ReplyDeletesorry lmbt feedback.
aku blaja kat uitm perak skrg.
bz la msk situ.
terkurung je.
jrg on9.
slalu aku post entry gn hp je.
skg aku cuti.
ada kat kl.
sabtu ni br balik.
tu lah.
rindu nk sembang2 dgn en.rizal.
cy lah dh hafal.
nt ada roadblock tau la nk lari itk mana.
trrrr.
take care yo.
ed
:)
bangun tahajud minta ampun kat Allah..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya di gombak juga
tp skang berjuang di banting