Thursday, February 26, 2009

Sedikit Catatan Dari Saya




*Dah lama tak menulis kali ni cuba luangkan masa untuk menulis. :P





Alhamdulillah..

Segala puji dan syukur pada Allah SWT.Aku berjaya khuruj skali lagi.Allah telah permudahkan segala urusan aku.Walaupun ada la jugak beberapa ujian sebelum keluar tapi Allah tetap pilih aku.Alhamdulillah..

Bulan Januari dulu kami jemaah dari Putra Perdana keluar ke Putra Heights.Alhamdulillah ramai karkun tempatan di sana yg bagi nusrah pada kami.Jemaah kami ada 16 orang(3pakistan-6bangladesh-7melayu).Memandangkan itu kali pertama aku keluar(ahlia baru lembut hati.hihihihi) amir sab targhib aku kaw-kaw.Dia cerita tentang tujuan,tanggungjawab dan ganjaran keluar ke jalan Allah.Aku josh 100%!(cewah!).Memang betul la.Suasana memainkan peranan penting dalam membina iman.Kat rumah punya lah payah nak bangkit malam.Dah set reminder pun terjaga matikan balik.Setan besar dok bertenggek atas badan aku kot(padahal iman lemah).Tapi masa keluar tu memang senang je nak bangun malam.Masa tu memang rasa best sangat.Sayu menghadap Allah,memohon keampunan-Nya diatas segala dosa,kebodohan,kelemahan dan kejahilan aku.Ya Allah!Berkatilah kehidupan kami di dunia,berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

Dalam pada keluar tu aku terharu tengok orang Pakistan dan Bangladesh.Walaupun kerja mereka agak teruk(buruh binaan) tetapi mereka tahu tanggungjawab hakiki mereka.Mereka sanggup ambik cuti untuk keluar ke jalan Allah.Kebanyakan mereka memang mengikuti usaha ini semasa mereka disana.Mereka mempunyai 'kekuatan' untuk bangun malam dan melakukan ibadat.Waktu mereka beri khidmat memang sungguh-sungguh mereka buat.Baguslah mereka ni.


Waktu ghast kami bentuk jemaah yang ada orang Pakistan dan Bangladesh.Senang sikit nak tasykil kalau jumpa set-set diorang kat luar nanti.Sepanjang 3 hari program nampaknya ada sambutan.Penduduk tempatan ada yang ikut skali sesi bayan dan ta'lim.Alhamdulillah..
Hari terakhir bayan maghrib disampaikan oleh amir sab.Yang ni memang kaw-kaw punya bayan.Ada la dalam 15-20 orang tempatan yang ikut sekali dan masa tasykil keluar hampir kesemua orang tempatan azam dan bagi nama.Masya'Allah!Allahu'akbar!Semoga Allah pilih mereka dalam usaha ini.Insya'Allah..

Malam tu kami pulang dan bayan tangguh di masjid Putra Perdana.Sampai rumah ahlia tunggu.Dia kata dia rindu.Ahaks!Malam tu aku cerita pengalaman keluar dan aku ada niat nak ajak dia keluar masturat 3 hari tapi nampaknya dia belum sedia lagi.Takpa,kena ikram lagi.Pelan-pelan kayuh.Huhuhu..

Bulan Februari aku dah keluar minggu lepas(21-22-23) tapi kali ni aku tak ikut jemaah tempat aku.Aku ikut jemaah Kg Baru.Pakcik aku(asbab aku join usaha ni) dah lama tasykil aku ikut dia keluar ke *Dengkil.Dari dulu lagi tapi ada je aral.Kali ni aku memang azam nak keluar ke Dengkil.Aku mesyuarat dengan amir sab dan dia pun bagi 'green light'.Ahlia aku pun kata 'ok'.Jadi aku pun bersiap2 la.Nak dijadikan cerita,3 hari sebelum nak keluar Allah uji aku.Ahlia aku kemalangan jalanraya.Ahlia aku mengalami kecederaan di pergelangan tangan tapi tak serious sangat la.Alhamdulillah lepas pegi hospital dan berurut ahlia aku dah sembuh.Kereta masuk bengkel.Banyak nak kena repair.Insurans tak cover kalau aku nak ganti barang original sebab katanya kereta tu da melebihi 5 tahun usia (lebih 3 bulan je).So diorang cuma boleh cover guna barang Taiwan je.Ciss!Masa beli insurans dulu tadak plak diorang cerita pasal ni.Bohong pandai..

Masa tu moral aku da down sikit la sebab aku kesian kat ahlia aku.Aku tak sanggup nak tinggal dia macam tu.Iman dah lemah balik.Rakan seusaha aku targhib aku katanya orang yang buat usaha agama ni,lagi-lagi yang nak keluar Allah akan uji.Dia nak tengok hati kita macamana.Aku pun mesyuarat dengan ahlia.Cakap punya cakap,sembang punya sembang,pujuk punya pujuk,manja punya manja akhirnya dia redha aku keluar.Adik dia akan datang temankan dia sepeninggalan aku nanti.Alhamdulillah.Allah permudahkan urusan aku.Terimakasih Ya Allah!!!


Aku bertolak dengan pakcik aku ke *masjid dalam pukul 7 pagi sebab nak ambik orang lagi.Lebih kurang pukul 10:30 bayan hidayat yang diberi Ust.Akasha.Memang meremang bulu roma aku dengar bayan dia.Semacam ada roh.Terkesan aku.rasa nak menangis.Pakcik aku kata kalau orang yang banyak korban untuk agama kata-kata dia memang power.terngiang-ngiang lagi kat telinga aku kata-kata beliau.."Kita sering terfikir kenapa orang-orang kafir yang tak pernah menyebut ALLAH tapi kehidupan mereka kaya dan mewah.Ini kerana DUNIA NI DISISI ALLAH LANGSUNG TIADA NILAI!!!!KALAU NAK DIIBARATKAN PUN CUMA SEBELAH KEPAK NYAMUK SAJA.Sebab tu Allah saja bagi dunia pada orang kafir.Kita sebagai orang Islam pulak mesti membina kehidupan kita di akhirat nanti.Tak payah dok sibuk fikir pasal harta dunia ni.Kita cuma perlu cari keperluan hidup di dunia sahaja".(Lebih kurang macam itu la kot).

Suasana di tempat kami keluar tu memang mengajar kami erti mujahhadah-8km ke dalam ladang kelapa sawit dikelilingi hutan,tiada coverage telefon langsung.Memang masa tu aku serahkan keluarga,harta dan segalanya pada Allah swt.Program pun best.Pembayan-pembayan ada yang datang dari Pattani.Memang terkesan setiap kali mereka membayan.Antara cerita yang membuatkan aku terkesan disampaikan oleh Ust Zakaria lebih kurang macam ni la.Ada jemaah dari Jepun bagi bayan.Nama beliau Ibrahim Kobe.katanya.."Kami di Jepun banyak menghasilkan pelbagai barangan elektrik yang berkualiti dan dihantar ke Malaysia.Tapi kamu orang Islam Malaysia sebenarnya ada satu benda yang lebih bernilai,lebih hebat berbanding segala benda yang ada di dunia ini.Tuan-tuan ada kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH tetapi kenapa tuan-tuan tidak hantar kalimah dan agama Islam ke tempat saya?Kenapa tuan-tuan tidak menjalankan usaha disana?Kenapa?Orang tua saya telah mati dan mereka mati dalam keadaan kufur.Nanti di akhirat saya akan tuntut daripada tuan-tuan semua..",Lebih kurang macam tu le.Tersandar kami semua mendengarnya.Air mata kami menitis tak tertahan lagi.Betapa selama ini kita telah lupa akan tanggungjawab kita semua.Ya Allah,ampunilah segala dosa dan kelemahan kami..

Sempat jugak aku berdamping dengan orang-orang alim,mintak nasihat sikit.Maklumlah,aku ni baru je dalam usaha ni.Aku mintak nasihat macamana nak ikram ahlia dalam usaha ni.Ada la dia bagi tips sikit.Terimakasih banyak-banyak.. :)

Balik dari Dengkil macam biasa la.Ahlia setia menunggu di ruang tamu dan menunggu aku bercerita tentang pengalaman aku keluar.Aku lihat dia semakin lama semakin ada minat dengan usaha ni.Banyak dia ambil tahu pasal usaha ni.Makin lembut hati dia.Alhamdulillah.Tak lama lagi insya'Allah dia akan sedia untuk usaha ni.Amin..


"Ya Allah Ya Tuhanku,Kau berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat terutamanya.Kau pilihlah aku dan isteriku dalam usaha ini kerana ini merupakan maksud hidup kami di dunia ini.."





p/s:Tuan-tuan tolong doakan saya keluar 40 hari sebelum ijtimak dan 4 bulan selepas ijtimak ye!Insya'Allah.. :D