Wednesday, December 17, 2008

Balik Kampung

Dah agak lama kami laki bini merancang nak balik Ipoh masa cuti Krismas nanti.Rasanya sebelum raya haji arituh kami dah decide.Kesian kat aliah aku.Dah lama dia tak balik Ipoh.Dia rindu ibu,bapak,opah dan adik beradik dia.So kali ni aku ingat nak balik lama sikit.Kami cuti 25/26/27/28 &29.Boleh gak aku jumpa sama Shah,Berat dan Ayie nanti.Hehehehe..
Tiba-tiba semalam aku dapat panggilan dari AmBank berkenaan payment rumah yang tertunggak.Alahai...Nampak gayanya nak taknak aku kene bayar jugak separuh tunggakan tu.Dah bagitau dengan isteri dan dia pun tak kisah kalau tak dapat balik Ipoh tapi aku janji walau macamana pun balik tetap balik.Hehehehe..Perancangan nak balik naik kereta tetapi terpaksa ditukar dengan menaiki komuter bagi menjimatkan kos ;)
Hari ni merupakan hari 'menuai' bagi kakitangan kerajaan dan separa kerajaan dan 'hasil tuaian' bulan ni agak lebih berbanding bulan-bulan sebelumnya sebab ianya bersekali dengan bonus.Alhamdulillah..Nampaknya Allah permudahkan urusan aku.Semalam aku agak susah hati memikirkan hal pembayaran rumah,hari ni Allah bagi jalan penyelesaian.Walaupun bahagian untuk aku agak sedikit tapi aku tetap bersyukur dan aku percaya semua ini ada hikmahnya.Masih ada rezeki untuk aku dan isteriku.Rezeki dari Allah SWT :D

Ya Allah..
Berkatilah rezeki yang telah Engkau beri kepada kami,jauhkanlah kami dari sifat boros dan peliharalah kami dari kefakiran..INSYA'ALLAH...


*Ini pula secebis nukilan yang di'copy dari blog Tuan Azhar Jaafar khas untuk isteriku ;)

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteriini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

(Tak dapek den nak paste banyak-banyak,Den ado kojo lain lagi.Huhuhuhu..)

Tuesday, December 16, 2008

Bilalah agaknya?



ALLAHU'AKBAR!!!


Aku teringin sangat nak keluar buat masa ni.Aku belum pun berpeluang untuk keluar 3 hari.Dah ramai yang mengajak aku.Tuan Nik,Tuan Bukhori,Tuan Yusof,Tuan Kamaruzzaman dan lain-lain tuan sudah berkali-kali mengajak aku keluar."Insya'Allah..".Hanya itu yang keluar dari mulut aku bagi membalas pelawaan diorang.Adeh...segan pun ada jugak sebab tak dapat bagi keputusan.Bukan aku taknak.Aku betul-betul nak keluar.Sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan.Tapi apakan daya,ada je beberapa masalah yang menghalang.Tak perlu aku 'detail'kan masalah tu tapi aku harap dan memohon Allah akan lembutkan dan bukakan pintu hati 'si dia' agar dia dapat memahami apa yang aku maksudkan dan mahukan.Insya'Allah...Lepas tu kalau ada rezeki lagi aku berazam nak keluar 40 hari+4 bulan IPB.hehehehehe..
INSYA'ALLAH...


*Disini aku 'paste'kan nukilan secebis yang aku copy dr page Tuan Azhar Jaafar yang aku kira sedikit sebanyak dapat membantu :)

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kamiready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,Ya Allah selamatkan lah kami!




Monday, December 15, 2008

Catatan Permulaan :)

*Gambar masa Aidil Adha '08 di rumah emak.Yang budak-budak anak buah aku le!

Assalamualaikum w.b.t..

ALHAMDULILLAH...Segala puji-pujan hanya bagi ALLAH SWT.Aku bersyukur dengan limpahan berkat rezekiNya keatas diri aku,keluargaku,saudara maraku serta seluruh umat manusia di muka bumi ini.

So,ini adalah post yang pertama dari aku dan aku harap agar aku dapat memanfaat ruangan ini sebaik-baiknya.Insya'Allah..Kepada mereka-mereka yang sudi singgah disini diucapkan berbanyak terimakasih dan diharap kalian dapat memberikanku sesuatu untuk kumanfaatkan.TERIMAKASEH :)



Ya Allah Ya Tuhan kami....
Segala puji-pujian hanya bagiMu..
Kaulah tuhan kami..
Kaulah yang Maha Besar,Maha Pengampun..
Ampunkanlah segala dosaku,dosa isteriku,dosa kedua ibu bapa kami,dosa adik beradik kami,dosa saudara mara kami dan dosa semua umat islam..
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami samada kami sedar atau tidak..
Lembutkanlah hati kami dan bukakanlah pintu hati kami untuk menerima hidayah-Mu ya Allah..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Peliharalah iman dan akhlak kami..
Jadikanlah kami ini hamba-Mu yang beriman dan tahu bersyukur..
Jangan masukkan kami kedalam golongan mereka yang rugi..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Berikanlah kami petunjuk dan bimbinglah kami ke jalan-Mu ya Allah..
Berkatilah segala rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami..
Permudahkan urusan dunia kami..
Jauhkanlah kami dari segala bencana..
Peliharalah kami dari azab neraka dan jauhkanlah kami dari sifat sombong,tamak dan takbur..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Berilah kami kekuatan untuk menghadapi dugaanMu..
Kami redha dengan segala yang telah Kau tentukan untuk kami kerana kami percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Terimalah segala amalan kami ya Allah..
Berilah kesihatan kepada kami agar dapat kami berkerja dan beribadat kepadaMU ya Allah..
Hidupkan kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman..
Permudahkan dan lancarkanlah lidah dan hati kami untuk mengucap kalimah syahadah ketika sakaratul maut menjemput kami..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Hanya padaMu kami bermohon dan hanya padaMU kami mengadu..
Semoga Engkau perkenankan segala doa-doa kami..
Kami mengharapkan keredhaanMU Ya Allah sepanjang kehidupan kami didunia ini..
Semoga kami dimasukkan ke syurgaMU YA ALLAH YA TUHAN KAMI..