Monday, January 19, 2009

ANTARA UJIAN DAN GANJARAN


Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera keatas semua kawan-kawan disini.
Sepanjang minggu ni merupakan minggu yang agak 'brutal deathcore' bagi aku dan isteri dimana kami telah diuji oleh Allah swt.Namun berkat kesabaran yang Allah kurniakan alhamdulillah kami berjaya menghadapi ujian tersebut.Tapi aku tetap menyesali apa yang telah aku lakukan.Disini aku memohon maaf kepada isteri kesayanganku.Ya isteriku,maafkanlah segala kesilapan yang dilakukan oleh suamimu yang kacak dan busuk ini.Ketahuilah yang suamimu amat menghargai dirimu.
Demi Allah aku mencintaimu ya isteriku..
Kepada kawan-kawan yang lama/baru/sedang,aku juga meminta maaf sekiranya aku ada 'mensinggung' perasaan kalian.Bukanlah niat di hati aku untuk tunjuk baik tetapi ianya adalah untuk kebaikan kita bersama-dan nasihat tersebut adalah lebih kepada aku.Aku pinjam kata-kata Tuan Hamka-"aku cuba untuk menjadi lelaki beriman di akhir zaman"(cewah!)
Dan hujung minggu ni juga aku akan keluar 3 hari bersama-sama dgn jemaah tempat aku.
O yeah!

ALHAMDULILLAH!!
ALHAMDULILLAH!!
ALHAMDULILLAH!!


Aku sangat bersyukur padaMu YA ALLAH!!
Kau telah mambantu aku,
Kau telah memilih aku untuk keluar ke jalanMu,
Betapa selama ini kau mendengar rintihan dan rayuanku,
Betapa selama ini kau menjadi tempat pengaduan dan tangisku,
Akhirnya kau makbulkan doa dan hajatku,
Aku memohon agar kau menjaga dan memelihara isteri serta keluargaku setiap masa,
Lebih-lebih lagi semasa aku keluar ke jalanMu YA ALLAH!!

ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!



Akhirnya malam tadi sebelum tido aku dan isteriku berbual-bual dan aku bagitau yang aku teringin sangat 'keluar'.Mula-mula dia macam berat dan bagi aku pergi sebab dia tak biasa berjauhan dengan aku.Tapi aku terangkan pada dia lebih kurang macam ni.."anggaplah ini sebagai satu pengorbanan kita untuk agama.Kita nak berkorban harta benda untuk agama tak berapa mampu kan?.."Maka dengan izin Allah yang melembutkan hati isteri aku maka isteri aku pun bagi la aku pergi.Aku punya la suka sampaikan aku tak sedar yang aku menangis.hahahaha..
Aku menangis kerana 2 perkara;
1)Gembira-kerana Allah telah memilih aku untuk keluar kali ini.
2)Terharu-kerana isteri aku sudah mula memahami kemuliaan usaha atas iman.
Aku pernah dengar seorang alim berkata(betulkan saya jika saya silap).."Allah tidak akan membenarkan api neraka menjilat tubuh mereka yang terkena debu dan asap ketika keluar ke jalan Allah.."(lebih kurang macam tu kot..).Apa lagi nak dikata?
Segala puji-puji hanyalah bagi Allah...
Kita tutup dengan tasbih kiffarah..



*semoga aku mendapat segala manfaat ketika keluar ke jalanMU YA ALLAH..







Friday, January 16, 2009

MENZIARAH

Assalamualaikum..
Dah lama tak menulis.Sepanjang masa ni amat sibuk dengan kerja.Kebetulan PC plak ada masalah.Jadi aku habiskan masa dengan membaca(sebab da takder bende nak buat).So cari punya cari aku terjumpa satu buku ni.dulu aku beli dengan isteri aku kat Jalan Masjid India-KISAH-KISAH NABI MENGIKUT AL-QURAN.Tebal dan aku yakin isinya pasti best.Memang best pong!aku dah baca sikit.Hehehehe..Aku azam nak baca buku ni tiap-tiap hari disamping membaca kitab Fadhilat Amal setiap malam dan aku harap ianya akan aku lakukan secara istiqomah.Insya'Allah..(Ada hikmah PC aku rosak)

Isteri aku telefon dalam pukul 3 ptg td.Dia kata opah dah seminggu tak larat bangun sebab sakit sendi.Jadi,isteri aku sebagai cucu kesayangan opah aku mengesyorkan agar kami balik ke Ipoh.Aku plak sebagai cucu menantu kesayangan fikir ada baiknya jugak.Yelah,menziarah orang yang sakit ni sebenarnya banyak kelebihannya.Salah satunya,ia akan mengingatkan kita yang kita semua semakin menghampiri 'garisan penamat'.Adakah aku sudah bersedia??



*Dalam menziarah orang yang sakit ada beberapa adab.So,aku pastekan kat sini berkenaan adab menziarah orang yang sedang sakit;

Baginda Rasullulahah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagus engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!’ (Hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi)Namun untuk menziarah orang sakit perlu juga mengikut adab-adabnya. Diperturunkan beberapa adab-adab sebagaimana dipetik daripada beberapa rujukan;

a) Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik. Sebagaimana puisi Ibn Duraid: "Ziarahi dari semasa ke semasa, kalau kerap dilakukan merimaskan, Hujan kalau selalu turun menjemukan, kalau terhenti tangan menadahkan harapan"
b) Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.
c) Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....( sebut namanya).
d) Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
e) Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.
f) Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.
g) Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)
h) Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.
i) Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.

Semoga kita mendapat manfaat bersama.Tutup dengan Tasbih Kaffarah.