Sunday, April 26, 2009

Coretan Kali Ini




Assalamualaikum,
Hari ini baru terasa nak tulis.Selama ni memang ada niat nak menulis tapi diri saya ni asyik tiada masa a.k.a perasan sibuk.Jadi hari ini diri saya akan cuba untuk menulis sebaik-baiknya.Hehehehe..
Hari ni dah start semester break jadi jadual berkerja hanya sampai jam 5 petang.Sebelah malam bolehlah buat 2jam1/2.Selama ni saya terlalu sibuk dengan kerja sampaikan 2jam1/2 saya selalu ketinggalan.Lemahnya iman saya!(Ya Allah ampunkanlah hambamu ini).
Bermula Sabtu lepas(25/04/09) ada jemaah masturat dari Gombak keluar di tempat kami dan mereka akan tangguh malam Isnin(27/04/09).Sepatutnya saya kena nusrah mereka tapi apakan daya Sabtu dan Ahad saya dan ahlia ada program lain(ziarah pakcik yang uzur dan lain-lain hal)maka saya sempat bersama mereka pada program bayan Sabtu malam sahaja.Sedih bila dikenangkan.Sedih dengan keadaan diri saya yang tak mampu beri masa untuk agama.Insya'Allah malam ni saya akan duduk program mereka sampai la mereka tangguh.Azam!!
Dari pemerhatian saya yang lemah ni,jemaah yang ini memang agresif.Maksudnya mereka memang sedia sambut takaza bila-bila masa sahaja.Amir sab mereka(maaf sebab saya x ingat nama.saya lemah!)kelihatan begitu bersemangat.Selesai bayan Isyak dan tasykil,kami bermesyuarat dan amir sab mereka berkata(dengan nada agak keras).."Tuan-tuan,Allah telah antaq kami ke tempat tuan-tuan untuk bantu tuan dalam usaha ni.Jadi gunakanlah kami sepenuhnya.Kami semua sedia sambut takaza agama..".Lebih kurang gitula bunyinya.
Jadi malam itu beberapa jemaah telah dibentuk untuk buat khususi jemaah yang bakal keluar 40hari-4bulan.MASYA'ALLAH..Saya seperti biasa minta tangguh kerana ada urusan lain(lomahnyo den!Haih..)
Seminggu sebelum itu pada 16,17 dan 18/4/09 ada jemaah masturat dari Myanmar keluar di tempat kami.Kebetulan minggu itu saya dan beberapa jemaah keluar 3hari bermula Jumaat 17/04 sehingga 19/04.Setelah mesyuarat maka amir sab putuskan untuk nusrah jemaah Myanmar sampai mereka tangguh dan kami terus keluar ke route yang telah diputus.Pagi sabtu selepas jemaah Myanmar tangguh kami terus keluar ke lokasi yang telah diputus-surau Pangsapuri Anggerik,Kampung Baru Hi-Com,Seksyen 26,Shah Alam.Saya tak pernah sampai.Bunyi macam jauh tapi rupanya dekat je.Sampai disana selepas solat Zohor kami mesyuarat.Saya diputus bagi Ta'aruf dan Kepentingan Dakwah.Kalau nak diikutkan memang saya tak mampu nak buat semua tu tapi saya mesti patuh pada amir sab.Saya cuba sambut dan saya mohon Allah bagi mudah urusan saya.
Benarlah,makhluk hanya mampu merancang dan segala ketentuan hanya pada Allah yang berkuasa.Semasa Kepentingan Dakwah segala apa yang saya fikirkan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.Semacam tiada ilham.Dah banyak kali keluar tapi saya tak pandai-pandai pun bercakap.Nampaknya saya kena usaha lagi dan lagi ni..
Kami difahamkan disana surau itu dahulu ada usaha dibuat tetapi setelah beberapa lama dan karkun-karkun sudah berpindah maka sekarang tiada lagi usaha dilakukan.Yang ada sekarang bacaan taklim selepas Isyak oleh imam surau tersebut.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya hidup satu amal surau tersebut.Kebanyakan jemaah surau tersebut adalah warga Bangladesh dan Indonesia.Melayu ada jugak tapi tidakla ramai sangat.Tapi saya tersentuh bila melihat kemesraan sesama mereka.Walaupun berbeza bangsa tetapi mereka tetap mesra antara satu sama lain kerana mereka berkongsi kalimah yang sama.Kalimah suci yang menyatukan hati mereka semua.Perbezaan warna kulit dan bangsa dibuang sama sekali.ALLAHU'AKBAR!!!
Sepanjang 2 hari disana ramai yang ikut program kami dan kami dapat bentuk jemaah tunai seramai 6 orang termasuk imam surau tersebut.Semoga Allah pilih kita semua dalam usaha ini.
Hari Ahad malam selepas bayan Isyak,orang-orang Bangladesh ikram kami.Mereka sediakan ta'am untuk kami malam tu.Merasa gak la masakan diorang Alhamdulillah.Sebelum bertolak balik kami bersalaman dengan jemaah surau disana.Ada seorang Bangladesh,nama dia Arshad berharap agar ramai lagi jemaah akan datang di tempat itu kerana mereka perlu hidupkan kembali usaha di tempat tersebut.Allah pasti akan hantar jemaah ke tempat itu lagi.Insya'Allah.Dan kami pun bertolak pulang ke masjid tempat kami.
Bayan wafsi diberi oleh seorang sahabat yang baru balik 4bulan.Jazbah tinggi-masih panas lagi tu.Hehehehe..Malam tu kami iktikaf di masjid dan selepas subuh baru kami tangguh pulang ke rumah masing-masing.
Demikianlah serba ringkas(ringkas ke?) karguzari saya selama saya tidak menulis ini.Saya berharap Allah akan terus memilih saya dan keluarga saya dalam usaha ini walaupun kadang-kala saya berasa penat.Semoga Allah tidak singkirkan saya dari usaha ini.Sekiranya ada kesilapan dari saya saya mohon maaf kerana saya ini hanyalah makhluk yang lemah.Insya'Allah kita akan berjumpa di posting lain kali.Assalamualaikum..(dah takder idea sebenarnya..)

*Tuan-tuan tolong doakan saya keluar 40hari selepas ijtima'ye.Semoga Allah permudahkan segalanya.

:)

2 comments:

  1. alhamdulillah syukur,
    kita doa sama2, saya pun azam 40 hari pada 1 Jun ni. Tuna doakan lah saya yg lemah ni

    ReplyDelete
  2. den ucap timaokaseh pado tuan sbb tuan dr dulu bg sokongan kek den yg lomah ni.Jazakallah khir..
    :D

    *YA ALLAH!KAU PILIHLAH TUAN MUTAKALIM UNTUK KELUAR KE JALAN-MU SELAMA 40 HARI PADA 1 JUN NNT.KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN BELIAU DAN KELUARKANLAH BELIAU KE JALAN-MU YA ALLAH..
    AMINN..

    ReplyDelete