Saturday, February 20, 2010

KEPUTUSAN TETAP DI TANGAN ALLAH


Assalamu'alaikum


Sepanjang minggu lalu aku berazam kuat untuk keluar..
Segala yang dimesyuarat telah diputuskan..
Segalanya telah disiapkan..
Segala keperluan untuk keluarga/rumah telah diadakan..
Segala keperluan untuk khuruj telah di sediakan..
Segala yang perancangan 'pra-khuruj' dapat disempurnakan..

Tapi apakan daya..


ALLAH MAHA KUASA,MAKHLUK LANGSUNG TADAK KUASA!!!


Segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang..
Aku tidak dapat dikeluarkan untuk khuruj..
Ada beberapa sebab yang tak dapat dijelaskan..
Tapi apa yang pasti,bila aku muhasabah diri aku..
Aku dapati banyak kekurangan dalam diri aku..
Tawajjuh pada Allah semakin kurang..
Amalan semakin kurang..
Yakin pada Allah tidak seperti yang Dia kehendaki..
Pendek kata semua berpunca daripada kelemahan diri dan iman aku sendiri..
Astaghfirullah..

Ya Allah..
Ampunkan segala dosa kami yang dhoif ini..
Sesungguhnya kami ini hamba-Mu yang hina seringkali lalai dari mengingati-Mu..
Berilah kekuatan kepada kami untuk berubah..
Hindarilah kami daripada terkesan dengan dunia yang penuh fitnah ini..
Bantulah kami agar kami faham maksud hidup kami ..
Bantulah kami untuk mencari redha-Mu Ya Allah..
Pilihlah kami dalam usaha dakwah Ya Allah dan janganlah singkirkan kami dari usaha ini..
Kasihanilah kami..
kasihanilah kami..
Kasihanilah kami Ya Allah..
Dengarlah rintihan kami Ya Allah..




*Aku azam untuk khuruj 3H minggu depan.Semoga Allah pilih aku dan permudahkan segala urusanku untuk khuruj nanti.Insya'Allah..






4 comments:

  1. Kenapa tuan? Bini nangis ke.. aduss..

    ReplyDelete
  2. bukan psl ahlia.ahlia tadak masalah.
    huuuuuuuu...

    ReplyDelete
  3. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah... Mohon Allah permudahkan anda...

    ReplyDelete