Wednesday, December 17, 2008

Balik Kampung

Dah agak lama kami laki bini merancang nak balik Ipoh masa cuti Krismas nanti.Rasanya sebelum raya haji arituh kami dah decide.Kesian kat aliah aku.Dah lama dia tak balik Ipoh.Dia rindu ibu,bapak,opah dan adik beradik dia.So kali ni aku ingat nak balik lama sikit.Kami cuti 25/26/27/28 &29.Boleh gak aku jumpa sama Shah,Berat dan Ayie nanti.Hehehehe..
Tiba-tiba semalam aku dapat panggilan dari AmBank berkenaan payment rumah yang tertunggak.Alahai...Nampak gayanya nak taknak aku kene bayar jugak separuh tunggakan tu.Dah bagitau dengan isteri dan dia pun tak kisah kalau tak dapat balik Ipoh tapi aku janji walau macamana pun balik tetap balik.Hehehehe..Perancangan nak balik naik kereta tetapi terpaksa ditukar dengan menaiki komuter bagi menjimatkan kos ;)
Hari ni merupakan hari 'menuai' bagi kakitangan kerajaan dan separa kerajaan dan 'hasil tuaian' bulan ni agak lebih berbanding bulan-bulan sebelumnya sebab ianya bersekali dengan bonus.Alhamdulillah..Nampaknya Allah permudahkan urusan aku.Semalam aku agak susah hati memikirkan hal pembayaran rumah,hari ni Allah bagi jalan penyelesaian.Walaupun bahagian untuk aku agak sedikit tapi aku tetap bersyukur dan aku percaya semua ini ada hikmahnya.Masih ada rezeki untuk aku dan isteriku.Rezeki dari Allah SWT :D

Ya Allah..
Berkatilah rezeki yang telah Engkau beri kepada kami,jauhkanlah kami dari sifat boros dan peliharalah kami dari kefakiran..INSYA'ALLAH...


*Ini pula secebis nukilan yang di'copy dari blog Tuan Azhar Jaafar khas untuk isteriku ;)

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteriini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

(Tak dapek den nak paste banyak-banyak,Den ado kojo lain lagi.Huhuhuhu..)

No comments:

Post a Comment