Friday, January 16, 2009

MENZIARAH

Assalamualaikum..
Dah lama tak menulis.Sepanjang masa ni amat sibuk dengan kerja.Kebetulan PC plak ada masalah.Jadi aku habiskan masa dengan membaca(sebab da takder bende nak buat).So cari punya cari aku terjumpa satu buku ni.dulu aku beli dengan isteri aku kat Jalan Masjid India-KISAH-KISAH NABI MENGIKUT AL-QURAN.Tebal dan aku yakin isinya pasti best.Memang best pong!aku dah baca sikit.Hehehehe..Aku azam nak baca buku ni tiap-tiap hari disamping membaca kitab Fadhilat Amal setiap malam dan aku harap ianya akan aku lakukan secara istiqomah.Insya'Allah..(Ada hikmah PC aku rosak)

Isteri aku telefon dalam pukul 3 ptg td.Dia kata opah dah seminggu tak larat bangun sebab sakit sendi.Jadi,isteri aku sebagai cucu kesayangan opah aku mengesyorkan agar kami balik ke Ipoh.Aku plak sebagai cucu menantu kesayangan fikir ada baiknya jugak.Yelah,menziarah orang yang sakit ni sebenarnya banyak kelebihannya.Salah satunya,ia akan mengingatkan kita yang kita semua semakin menghampiri 'garisan penamat'.Adakah aku sudah bersedia??



*Dalam menziarah orang yang sakit ada beberapa adab.So,aku pastekan kat sini berkenaan adab menziarah orang yang sedang sakit;

Baginda Rasullulahah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagus engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!’ (Hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi)Namun untuk menziarah orang sakit perlu juga mengikut adab-adabnya. Diperturunkan beberapa adab-adab sebagaimana dipetik daripada beberapa rujukan;

a) Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik. Sebagaimana puisi Ibn Duraid: "Ziarahi dari semasa ke semasa, kalau kerap dilakukan merimaskan, Hujan kalau selalu turun menjemukan, kalau terhenti tangan menadahkan harapan"
b) Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.
c) Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....( sebut namanya).
d) Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
e) Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.
f) Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.
g) Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)
h) Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.
i) Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.

Semoga kita mendapat manfaat bersama.Tutup dengan Tasbih Kaffarah.

3 comments:

  1. semoga opah cepat sembuh.
    subahanallahi wabihamdi....

    ReplyDelete
  2. semoga kita juga sentiasa ingat pada kematian untuk buat persediaan

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah opah saya smakin sembuh.trimakaseh diatas doa tuan-tuan yang mulia.jazakallah..
    :)

    ReplyDelete