Monday, January 19, 2009

ANTARA UJIAN DAN GANJARAN


Assalamualaikum wbt


Salam sejahtera keatas semua kawan-kawan disini.
Sepanjang minggu ni merupakan minggu yang agak 'brutal deathcore' bagi aku dan isteri dimana kami telah diuji oleh Allah swt.Namun berkat kesabaran yang Allah kurniakan alhamdulillah kami berjaya menghadapi ujian tersebut.Tapi aku tetap menyesali apa yang telah aku lakukan.Disini aku memohon maaf kepada isteri kesayanganku.Ya isteriku,maafkanlah segala kesilapan yang dilakukan oleh suamimu yang kacak dan busuk ini.Ketahuilah yang suamimu amat menghargai dirimu.
Demi Allah aku mencintaimu ya isteriku..
Kepada kawan-kawan yang lama/baru/sedang,aku juga meminta maaf sekiranya aku ada 'mensinggung' perasaan kalian.Bukanlah niat di hati aku untuk tunjuk baik tetapi ianya adalah untuk kebaikan kita bersama-dan nasihat tersebut adalah lebih kepada aku.Aku pinjam kata-kata Tuan Hamka-"aku cuba untuk menjadi lelaki beriman di akhir zaman"(cewah!)
Dan hujung minggu ni juga aku akan keluar 3 hari bersama-sama dgn jemaah tempat aku.
O yeah!

ALHAMDULILLAH!!
ALHAMDULILLAH!!
ALHAMDULILLAH!!


Aku sangat bersyukur padaMu YA ALLAH!!
Kau telah mambantu aku,
Kau telah memilih aku untuk keluar ke jalanMu,
Betapa selama ini kau mendengar rintihan dan rayuanku,
Betapa selama ini kau menjadi tempat pengaduan dan tangisku,
Akhirnya kau makbulkan doa dan hajatku,
Aku memohon agar kau menjaga dan memelihara isteri serta keluargaku setiap masa,
Lebih-lebih lagi semasa aku keluar ke jalanMu YA ALLAH!!

ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!



Akhirnya malam tadi sebelum tido aku dan isteriku berbual-bual dan aku bagitau yang aku teringin sangat 'keluar'.Mula-mula dia macam berat dan bagi aku pergi sebab dia tak biasa berjauhan dengan aku.Tapi aku terangkan pada dia lebih kurang macam ni.."anggaplah ini sebagai satu pengorbanan kita untuk agama.Kita nak berkorban harta benda untuk agama tak berapa mampu kan?.."Maka dengan izin Allah yang melembutkan hati isteri aku maka isteri aku pun bagi la aku pergi.Aku punya la suka sampaikan aku tak sedar yang aku menangis.hahahaha..
Aku menangis kerana 2 perkara;
1)Gembira-kerana Allah telah memilih aku untuk keluar kali ini.
2)Terharu-kerana isteri aku sudah mula memahami kemuliaan usaha atas iman.
Aku pernah dengar seorang alim berkata(betulkan saya jika saya silap).."Allah tidak akan membenarkan api neraka menjilat tubuh mereka yang terkena debu dan asap ketika keluar ke jalan Allah.."(lebih kurang macam tu kot..).Apa lagi nak dikata?
Segala puji-puji hanyalah bagi Allah...
Kita tutup dengan tasbih kiffarah..



*semoga aku mendapat segala manfaat ketika keluar ke jalanMU YA ALLAH..







4 comments:

  1. alhamdulillah tuan, selamat keluar 3 hari. saya cadangkan tuan libatkan isteri dgn usaha masturat. mula2 bawak pegi majlis taklim masturat, nusrah jemaah masturat dan keluar masturat. lelaki dan wanita ada tanggungjawab sama membantu agama Allah. tahniah dan syabas krn terpilih berada di jalan Allah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.syukur pd Allah.terimakaseh juga pd tuan krn tlh doakan saya.huhuhu..saya ada niat nk ajak aliah skali dlm usaha ni tp nampaknya dia belum bersedia.Smoga Allah lembutkan hati & bukakan hati aliah saya.Insya'Allah..terimakaseh skali lagi ya tuan.
    jazakallah khoiran khatsiro..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Insya ALlah, apabila ahliah2 dpt lihat bagaimana bertambah eloknya akhlak dan amalan suami2 selepas pengalaman berkhuruj, tentu akan lebih lembut hati utk bersama2 dlm program masturat. Bukankah antara tujuan utama keluar khuruj adalah utk islah diri? Mana mungkin ada isteri yg tidak inginkan kebaikan dtg dlm dirinya, suaminya dan keluarganya. InsyAllah, ALlah jua yg dpt beri kefahaman dlm perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah..add my blog..http://wirapendang.blogspot.com/

    ReplyDelete